Kita sering dengar tentang orang batak. Secara amnya orang batak dibahagi pada lima suku iaitu Toba, Karo, Simalungun, Pak Pak dan Mandailing. Sebenarnya kelima-lima suku ini dikelaskan sebagai orang batak untuk memudahkan suku-suku ini dikenali umum. Suku yang terbesar ialah suku Toba & Karo.
Sebenarnya suku karo bukanlah orang batak. Orang karo atau dikenali sebagai kalak karo adalah satu suku yang tersendiri dan amat berbeda dengan orang batak toba. Sekilas pandang mungkin sukar untuk membedakannya namun jika diteliti, pasti amat mudah untuk membedakannya. Perbedaan yang paling ketara ialah dari segi bahasanya.
Ucapan salam :-
toba : horas
karo : menjuah-juah
Siapa namamu :-
toba : ise goarmu
karo : kai gelarndu
Apa khabarmu :-
toba : boa kabarmuna
karo : uga kabarndu